Wednesday, August 6, 2014

Allah uji kerana Dia sayang

Assalamualaikum. Hai

Harini. 6ogos2014.
Allah uji kami, alhamdulillah kami masih mampu hadapi ujian tu. Allah beri kami peluang untuk teruskan hidup. Ayah selamat daripada segala mimpi buruk yang aku takutkan. Walaupun patah bahu, tapi asalkan ayah masih bersama kami. Aku sudah sangat bersyukur. Aku terlalu takut. Menjadi fobia. Takut Allah ambil semua orang yang aku sayang kat dunia ni. Mula-mula mak sakit, lepas tu dia pergi. Ni pula ayah kena musibah. Bukan aku tak redha atau apa. Tapi aku belum bersedia. Untuk hadapi dugaan sebegini. Aku juga maklum, Allah uji aku kerana Dia sayang aku. Dan aku tahu Allah dengar doa hambanya. Dia pulihkan mak sikit-sikit. Dia tak ambil ayah terus dari kami.:') Allahu. Sayu sangat hati ni. Aku cuma fikir secara rasional. Berharap semua dugaan ni pasti ada hikmah. Pasti ada kebahagiaan tak terhingga Allah nak beri. Fikir yang elok-elok. Fikir yang baik-baik.

0 KRITIKAN:

Post a Comment