Saturday, June 7, 2014

isu semasa di minda

Aku menulis kali ini, bukan untuk sekadar dibaca. Tapi untuk difahami isinya. Alhamdulillah. Hampir setengah tahun juga aku lalui ujian Allah ni. Nampak berat. Tapi emosi aku yang memberatkan keadaan. Masalahnya tidaklah sebesar mana. Lumrah manusia, bila kecewa, air mata yang menemani di kala sepi. Seperti aku juga, tidak terlepas dari mengalirkan air mata. Entah apa yang bermain di benak. Hati kata lain, otak berfikir yang lain. Sinonim dengan yang bernama wanita. Emosi memainkan peranan. Emosi juga kadang kala melebihi batas pemikiran. Begitu juga dengan aku. Kadang kala bertindak mengikut emosi. Tak berfikir sama sekali sebab dan akibat sesuatu perkara. Aku berfikir, kenapa lagi aku begini. Terlalu lemah di mata lelaki. Apa lagi yang aku tunggu. Jawapan sudah muktamad. Apa lagi yang mahu aku dengar. Apa lagi yang masih belum dijelaskan. Aku menangis memikirkan diri aku sekarang. Diri yang terlalu lemah di mata lelaki. Apa yang perlu aku lakukan. Mungkin satu perkara. Melepaskan untuk kebaikan bersama. Mungkin apa yang berlaku sekarang salah. Aku berfikir, apa perasaannya bila milik kita diguna pakai orang lain. Sudah tentu kita rasa tak selesa. Rasa tak selamat. Begitu juga yang aku sedang fikir sekarang. Aku seakan-akan cuba merebut sesuatu yang bukan milik aku. Salahkah aku? Sedangkan itu milikku suatu ketika dahulu. Mungkin itu yang aku fikirkan. Tapi itu dalam keadaan yang mengikut emosi. Kalau difikirkan secara rasional. Aku sekarang melebihi had atau batas sepatutnya. Apa dia rasa? Sesuatu yang berharga baginya cuba direbut. Kadang kala aku berfikir. Aku tidak pandai menilai sesuatu ketika perkara berharga itu ada dengan kita. Bila tiada baru sibuk tercari-cari. Aku rasa, patut juga aku biarkan. Dan jangan lagi menganggu hak orang lain. Hak yang bukan milik kita. Kalau itu yang terbaik, aku akan cuba. Aku bukan melarikan diri, tapi memberi ruang kepada mereka. Anggaplah aku sudah tiada. Usahlah dihiraukan. Aku usaha redha. Walau aku tahu aku tak sekuat dan setabah mana. Aku selalu berharap ini jalan terbaik. Tapi aku tak yakin. Kalau ada sesuatu yang tak kena, aku minta ajarlah, tunjukkanlah. Kalau hal itu buat semua perkara akan elok. Mengapa salah seorang tidak boleh berkorban. Dalam situasi ini, aku rasa aku yang patut undur diri. Kuburkan semua yang terjadi dalam-dalam. Biar tiada siapa yang tahu. Sembunyi rasa itu jauh dari pengetahuan orang lain. Teruskan jadi gembira untuk kebahagiaan orang lain. Bila masa yang tepat tiba, aku harap aku sudah boleh lupa semua. Aku menjadi aku yang dulu.

0 KRITIKAN:

Post a Comment