Sunday, May 11, 2014

Sungguh aku sayang, sungguh aku rindu

Humm.. Heading entri kali ni macam menarik. Macam lagu yang pernah Halimahtul nyanyi membingit kat rumah dulu. kekeke.. Macam ni lagu dia, "Sungguh aku sayang, sungguh aku rindu.. errrr..apa lagi lirik dia?" Okay gua lupa! Lepas tu ada lagi lirik yang aku ingat..

 "Hari-hari ku merindu,
  rindukan belaiannya,
  kembalilah kasih kembalilah sayang, 
  hanya kamu yang ku cinta."

 macam tu kut? entah. I DON'T KNOW!! Ni main bantai je. Nak tahu pergi google sendiri. Berbalik dengan tajuk yang aku nak mengomel tadi, agak-agak siapa gerangan yang bertuah? Cepat teka! Okay fine,  tak kenal aku macam mana nak guess siapa insan tu kan.

The answer is:
 Nur Shahidayu aka my beloved girlfriend masa Diploma dulu selepas Mushrif. Okay Mushrif tu bukan girlfriend. Dia lelaki.

Tujuan aku tulis entri kali ni sebenarnya khas buat kau Sha. Serious aku rindu kau. Baru- baru ni ada lah jugak aku contact Sha. Ber wechat bagai. Tapi yang tak boleh blah nya dia cuma reply kalau aku send voice message je. Aku tahu suara aku comel teramat. kah3. *bangga diri kejap sebab tak ada orang nak puji dah. sobssobsobs* konon-konon nak buat acara macam jejak kasih katanya lah. okay dah penat menaip. meh aku cuba masukkan sikit apa yang aku borakkan dengan Sha. Siapa rasa diri dia hebat mesti boleh teka aku borak pasal apa. Sebab ada sorang je yang faham dan cepat tangkap kalau aku jumpa or bercakap dengan Sha aku borak pasal apa. Huhuhu **Harap maaf. Tak boleh upload pulak recording gua hantar kat Sha. Tak dapatlah dengar suara gua bermanja-manja dan gila-gila melayan kerenah orang bekerja ni**







P/S: IMYSMMS:') 

Aku ambil kesempatan ni sebab secara realitinya tak boleh diberitahu terang-terangan. Agak sedih kan? Kat sini je boleh bagitahu. Sebab tak ada siapa yang akan tahu siapa dia. Aku tak tahu apa dia rasa. Dan aku cuma bagitahu apa yang aku rasa. Sebab Allah timbulkan perasaan ini. Aku tak tahu rasa ni macam dulu atau tak. Tapi aku lega. Masih ada rasa tu dan Allah tak balikkan hati aku untuk membenci dia. Kerana di sini saja tempat aku curhat semua. Di sini jugalah tempat aku memasang angan-angan. Meskipun angan-angan belaka, tak salah kan berangan. Pernah juga aku berangan aku bisa bercakap sedemikian rupa seperti aku bercakap dengan Sha dengan dia. Tapi semua itu khayalan semata, perkara yang tak akan berlaku. Entah. Terlalu kekok untuk aku lakukan semua itu dalam situasi kami  sekarang, semakin bertambah malu aku sekarang dengan dia. Huhu. Aku rasa, dia tidak akan tahu kewujudan entri ini. Aku tak rasa dia akan membaca entri ini. Kerana mugkin juga dia akan terlepas pandang. Kalaupun dia ada membaca, dan dia mahu mendengar, mungkin tidak terluah olehku. Biarlah aku jadikan sebagai rahsia. Rahsia yang aku boleh luahkan hanya di sini.

0 KRITIKAN:

Post a Comment