Thursday, May 15, 2014

Pembelajaran hari ini.

Assalamualaikum and good morning. Waktu sekarang: 7.17 a.m. I have re mid term today. Electric circuit II. Tapi masih sempat untuk membebel. Idea menulis tiba-tiba muncul tapi semangat study entah pergi mana. Haha. Pagi ni aku belajar pasal sesuatu. Pasal diri sendiri. Pasal kesedaran. Aku berfikir sejenak. Cermin kembali aku yang dulu. Aku yang terlalu jahil. Kenapa aku lebih gemar menggunakan perkataan oh emm gee ataupun oh my god blablabla daripada menyebut terus nama ALLAH. Entahlah.mungkin aku terikut-ikut arus media. Konon hendak menjadi manusia yang trendy, up to date. Tetapi bodoh untuk menilai baik buruk sesuatu perkara. Kan lebih baik menyebut nama tuhan kita yang maha kuasa, ALLAH. Mudah kan? Cuma satu perkataan. Tak susah mana. Tak berat mana perkataan tersebut berbanding oh my god yang menghabiskan tiga perkataan untuk disebut. Dan ketika ini aku sedari, menyebut Allah juga bantu kita mengumpul pahala untuk dibawa ke dunia kekal kelak. Allah juga zikir. Bayangkan, sehari kita bole bercakap secara puratanya 16jam. Takkan menyebut dan berzikir nama Allah pun berat kan? Tak susah pun, betul. Percayalah. ALLAH. ALLAH. ALLAH. Haa. Kan mudah tu. Nak panjang sikit, Allahu Akbar" (الله أكبر) yang bermaksud, Allah Maha Besar. Sebagai seorang muslim, kita juga sudah diajar menyebut dan mengenal 99 nama Allah bukan? Marilah, berubah bersama- sama aku megejar hidayah Allah. Ayuh sahabat ayuh teman. Ayuh saudaraku. Kita ubah diri kita menjadi yang lebih baik. Tak salah berubah ke arah kebaikan. Dan menjauhi kemungkaran. Aku juga masih dalam proses pembelajaran. Belum terlambat lagi untuk perbaiki diri. Kerana aku juga masih dalam kondisi memperbaik diri sendiri untuk jadi muslimah, wanita, anak dan ibu yang baik serta dapat membantu orang lain masa depan nanti. Inshaa Allah.:)

0 KRITIKAN:

Post a Comment